Wednesday, 29 August 2012

Tuesday, 28 August 2012

Pergi tak kembali (harap2 yang satu itu kembali)

Begitulah kehendakNya.Semua takkan kekal abadi.Niko@Lembek telah kembali menemui Tuhannya lebih kurang sebulan sebelum Ramadan.Kitty pula hilang entah kemana sejak 5 hari sebelum raya.Tak putus2 berdoa semoga dirinya selamat atau Allah matikan dia tanpa menempuh apa2 kesengsaraan.Bersyukur kerana Allah kirimkan kepada kami 2 ekor kucing yang amat baik.Niko agak pasif dan jarang2 mengeluarkan suaranya yang kecil.Kitty pula merupakan kucing vokal !Dan aktif.Comel pun dah lama hilang entah ke mana.Mila pula bernasib malang.Tak sempat nak diselamatkan.Kaki cedera hingga membawa maut.

Nyawa Terancam!

Pemandangan begini adalah biasa kepada pengguna jalan raya yang menyusuri jalan-jalan antara Kuantan dan KL.Gambar ini saya rakamkan semasa melepasi lampu isyarat simpang 4 di Mentakab.

Tuesday, 14 August 2012

"Tolong kami,bantu kami,anak-anak yatim piatu..."

Kadang-kadang kasihan juga melihat tuan kami itu.Ya lah, kalau boleh dia nak bela kami semua.Masalahnya, dia masih belum berpeluang untuk membawa kami untuk dipotong/dimandulkan.Halangan lebih kepada kewangan.Dia memang tak menyangka yang ibu kami yang dibantunya 2 tahun lalu sudah melahirkan 9 anak dan 5 cucu!Oh!

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, kami nak berdoa banyak-banyak,moga rezekinya diperluaskan dan urusan pemandulan warga kami dipermudahkan.Aamiiiin..

Tawakkal, nasib 3 beradik

Perasmian model baru 'Mercedes 8 Series aka Viva 850'.Hehehe..8 Jun 2012.Messi merenungku seakan-akan ingin memberitahu yang dia tak ingin ke sana.Betty dan Sweety lena diulit mimpi.

Gurauan dan golek-golek terakhir

Pretty,Messi,Betty.

Miaw Miaw Nan Bercinta

Sedih rasanya.Makan malam terakhir sebelum berangkat ke KLIA..acah je.Sebelum berangkat ke Parit 5, Sungai Besar.

Penghujung Ramadan

Ramadan semakin jauh berlalu pergi meninggalkan saya yang kadang-kadang berlari tercungap-cungap.Sama ada sedar atau tidak, mahu atau tidak, ianya tetap akan berlalu. Saya amat berharap yang diri ini tidak menjadi hamba Ramadan.Biarlah sampai ke akhirnya saya menjadi hambaNya.

Di ruang waktu yang terbatas ini, saya cuba manfaatkan saat-saat akhir Ramadan.Tidak akan ada peluang lagi di waktu selain di dalam bulan barokah ini.Antaranya solat Tarawih.Mana ada Tarawih di bulan Syaaban, Zulkaedah,Muharram dan sebagainya. Ramadan hampir-hampir sahaja menutup pintunya yang dibuka hanya setahun sekali.Bak kata Munif di dalam nasyidnya "tahun hadapan belum tentu jumpa, kerna kita mati bila-bila masa...".Ya.Tepat sekali.

Mungkin inilah Ramadan yang terakhir buat diri yang mengenali dan menyebut nama itu sejak 38 tahun yang lalu.Jauh di sudut hati masih berharap dan berdoa agar Allah panjangkan usia hingga bertemu lagi di tahun-tahun hadapan.

awal Ramadan

Berharap sangat yang Ramadan kali ini jauh lebih baik dari tahun yang sebelumnya.Maksud saya, pengisiannya.Jua akhlak dan ibadat.Apakah masih ditakuk lama.Apakah saya masih seperti di tahun-tahun yang lalu.Hidup sehidup-hidupnya.