Tuesday, 14 August 2012

Penghujung Ramadan

Ramadan semakin jauh berlalu pergi meninggalkan saya yang kadang-kadang berlari tercungap-cungap.Sama ada sedar atau tidak, mahu atau tidak, ianya tetap akan berlalu. Saya amat berharap yang diri ini tidak menjadi hamba Ramadan.Biarlah sampai ke akhirnya saya menjadi hambaNya.

Di ruang waktu yang terbatas ini, saya cuba manfaatkan saat-saat akhir Ramadan.Tidak akan ada peluang lagi di waktu selain di dalam bulan barokah ini.Antaranya solat Tarawih.Mana ada Tarawih di bulan Syaaban, Zulkaedah,Muharram dan sebagainya. Ramadan hampir-hampir sahaja menutup pintunya yang dibuka hanya setahun sekali.Bak kata Munif di dalam nasyidnya "tahun hadapan belum tentu jumpa, kerna kita mati bila-bila masa...".Ya.Tepat sekali.

Mungkin inilah Ramadan yang terakhir buat diri yang mengenali dan menyebut nama itu sejak 38 tahun yang lalu.Jauh di sudut hati masih berharap dan berdoa agar Allah panjangkan usia hingga bertemu lagi di tahun-tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment