Monday, 8 October 2012

Ada apa dengan aku

Bila pepohon ru, kelapa, pantai, pawana dan pepasir membisu. Matahari pula mula merangkak pergi meninggalkan kaki langit kirmizi. Seketika cuba menjadi pelaut perasaan. 
Ku tanya pada senja, mengapa orkestra alam yang selalu mempersembahkan lagu-lagu asyik jua membisu? Ringkas ia menjawab, "Pergi balik! Solat magrib!".Aku pun menjawabnya dengan panjang lebar, 'Baiklah! Aku kan kembali ke sini usai solat Isyak. Moga konduktor okestra alam dan pemuzik-pemuziknya memainkan irama dan lagu yang membujuk hati, jua memaknakan erti hidup yang fana ini".

Sunday, 7 October 2012

Sambungan Tragedi Oktober dan...

Cerita ringkas sahajalah.Teruja untuk tulis cerpen tentang Tamcik.Cerpen syok sendiri pun tak mengapa. Malam Khamis tu, dia macam kepanasan.Duduk tak diam. Berubah-ubah tempat duduk.Betul-betul nampak tidak selesa.Saya ambil dan pegang pun dia tidak mahu.Suka duduk dalam almari.Tertidur...Tengah malam terjaga, dengar suaranya yang ada sedikit kelainan, agak nyaring dan besar.Tak sedap hati.Teringat kepada anak Comot yang mati sewaktu Raya Puasa tempohari.Nazak. Kesian sangat.Terfikir macam manalah nanti sewaktu sakaratul maut. Diri yang banyak dosa. Anak kucing tiada dosa pun susah nak mati.Inikan pula manusia seperti saya, yang takut juga jika amalan seharian mencatatkan lebih dosa dari pahala!zzzz......tertidur.Di ambang subuh, terjaga.Terus cari Tamcik.Ada.Dalam almari.Bunyi suara agak kuat.Kesian.Urut-urut dan usap tubuhnya.Walaupun mamai, bangun rebus air.Niat nak bancuh susu untuk Tamcik.Ada lagi baki susu yang dibeli dari kedai Ce Man dan Ce Kam (Kapal Haiwan).Sedih2.Akhirnya mata begitu berat untuk celik terus menerus.Tertidur.Bangun!Tersentap!Terus ingat padanya.Ada. Terbaring dalam almari, atas beg sandang hitam."Tamcik!Tamcik!", dia dah tak bergerak.Kelihatan ada sedikit air keluar dari mulut. Secara spontan air mata mengalir laju macam air terjun Panching, Sungai Lembing...huhu!!!Tamcik!!!Beritahu Sweety dan lain-lain.Mereka tak faham atau memang hati kering.Muezza yang paling baik, datang juga menjenguk badan Tamcik yang telah kaku.Singkat cerita, letak dulu kat atas kabinet kecil.Balut dengan kain hijau yang sebenarnya beg telekung Vietnam yang dibeli tahun lalu dari kak Jam. Balut pula dengan surat khabar lama.Solat.Siap2 nak p temuduga.Letak dalam kereta.Jumpa Yul, minta beg plastik.Yul temankan saya ke Maahad.Dia tidak tahu yang jenazah Tamcik ada sekali dalam kereta. Temuduga dengan Ustazah Bad.Tamat!Sebaik sahaja keluar dari pejabat ustazah, nampak cangkul yang disandarkan di dinding bilik air. Cangkul itu pum macam tahu-tahu sahaja yang ianya diperlukan di saat itu.Minta kebenaran. Pergi belakang sana, belah sungai.Rupanya betul-betul sebelah tanah perkuburan Islam. Pemandangan tipikal kubur di Malaysia.Di mana ada kubur, di situlah jua pepohon kemboja menemani. Kelihatan damai.Berdoa dan mengharap agar penghuni yang di bawah sana jua damai hendaknya. Korek lubang, tanah agak keras.Tanam Tamcik. Damailah Tamcik ya di sini.Hmmm..rasa-rasanya batang tubuh ini sahajalah yang mencangkul di tempat bakal majikan sebaik sahaja temuduga selesai!!??!!??

Sabtu.Datang lagi sebagai guru.Mengajar.Sebaik sahaja kelas tamat, terus menuju ke kubur Tamcik.Sedih.Terus naik Mercedes 8 series.Nak balik rumah. Pandangan mata menangkap suatu objek. Ada sekeping sampul duit raya gambar Transformer diselitkan di wiper Mercs. Buka.Ada duit raya RM2.Duit baru. Suka.Yul bayar duit teh tarik.Kan saya dah kata tak payah. Apapun alasan, saya suka. Reda.terima sahajalah.

Enggan membiarkan tetamu yang bernama 'Sedih' itu bertandang lama-lama di relung hati, eloklah memujuk hati ini dengan peringatan (ayat2 dariNya). "Segala yang ada di muka bumi ini akan binasa" -Surah Ar Rahman:26).
Abianto.

Thursday, 4 October 2012

Tragedi Oktober & Tahun Dukacita Ku

Tidak saya sangka cepat benar Evo@Tamcik pergi. Jauh di sudut hati tetap kesal kerana tidak membawanya ke klinik atas alasan poket agak kering dan garing! Patutlah 2 hari lepas dia amat cergas dan nampak gembira yang teramat sangat.Siap cuit-cuit dan bermain dengan abang Koko dan kak Teddy, juga berani mencuit 'big cats'-makcik Pretty dan Jacky! Pagi semalam makan banyak, makanan kegemarannya:nasi digaul dengan ikan rebus. Yang lain pun tumpang 2 kaki.Tamcik amat tak suka biskut.Kalau lapar sangat barulah dia makan sedikit biskut yang menjadi hidangan wajib all aunties dan jejaka kucing terakhir=abang Koko.

Petang ini saya bagaikan tidak mahu bergerak meninggalkan kerusi meja pejabat.Masih di sudut pejabat, sedih dan sebal untuk memulakan langkah balik ke rumah.Biarpun Tamcik hanya seekor anak kucing tapi kehadirannya tetap saya anggap seindah pelangi petang.Amat indah namun hanya untuk seketika, akhirnya pergi jua...buat selama-lamanya pula!Jadi saya fikir, perumpamaan pelangi indah tidak cocok!Mana mungkin Tamcik kembali semula ke alam ini, sedangkan sang pelangi bisa saja muncul di lain hari, minggu atau bulan.

Aduh! Komputer pun bagaikan tidak sudi merakamkan cerita ini.Penat sebentar tadi saya menaip beberapa ayat tentang kisah ini.Rupa-rupanya tak 'save'.Hilang begitu sahaja.Adoi!

Tahun ini tahun dukacita. Dapat sebuah 'Mercedes 8 series' tapi tetap kehilangan Cek (ibu kandung), Lembek@Nico terlanggar dek Mak Andak (Lina), anak Comot dan Puteh mati, Kitty 'hilang penuh misteri' membawa bersama perutnya yang sarat dan terkini Tamcik. Patutlah 2-3 hari sebelum ini, bermimpi gigi geraham bawah tercabut!Bangun pagi terus terfikir, siapa pula yang akan meninggal dunia?Orang tua-tua kata, orang yang lebih muda dari kita sebab geraham bawah.Entahlah.

Mata Tamcik yang sendu itu bagaikan menceritakan segala kesedihannya, keperitan dirinya melawan penyakit yang ada, yang berbahang dalam badannya...Huhu..sambung esok.
The End!Cathay Keris...