Tidak saya sangka cepat benar Evo@Tamcik pergi. Jauh di sudut hati tetap kesal kerana tidak membawanya ke klinik atas alasan poket agak kering dan garing! Patutlah 2 hari lepas dia amat cergas dan nampak gembira yang teramat sangat.Siap cuit-cuit dan bermain dengan abang Koko dan kak Teddy, juga berani mencuit 'big cats'-makcik Pretty dan Jacky! Pagi semalam makan banyak, makanan kegemarannya:nasi digaul dengan ikan rebus. Yang lain pun tumpang 2 kaki.Tamcik amat tak suka biskut.Kalau lapar sangat barulah dia makan sedikit biskut yang menjadi hidangan wajib all aunties dan jejaka kucing terakhir=abang Koko.
Petang ini saya bagaikan tidak mahu bergerak meninggalkan kerusi meja pejabat.Masih di sudut pejabat, sedih dan sebal untuk memulakan langkah balik ke rumah.Biarpun Tamcik hanya seekor anak kucing tapi kehadirannya tetap saya anggap seindah pelangi petang.Amat indah namun hanya untuk seketika, akhirnya pergi jua...buat selama-lamanya pula!Jadi saya fikir, perumpamaan pelangi indah tidak cocok!Mana mungkin Tamcik kembali semula ke alam ini, sedangkan sang pelangi bisa saja muncul di lain hari, minggu atau bulan.
Aduh! Komputer pun bagaikan tidak sudi merakamkan cerita ini.Penat sebentar tadi saya menaip beberapa ayat tentang kisah ini.Rupa-rupanya tak 'save'.Hilang begitu sahaja.Adoi!
Tahun ini tahun dukacita. Dapat sebuah 'Mercedes 8 series' tapi tetap kehilangan Cek (ibu kandung), Lembek@Nico terlanggar dek Mak Andak (Lina), anak Comot dan Puteh mati, Kitty 'hilang penuh misteri' membawa bersama perutnya yang sarat dan terkini Tamcik. Patutlah 2-3 hari sebelum ini, bermimpi gigi geraham bawah tercabut!Bangun pagi terus terfikir, siapa pula yang akan meninggal dunia?Orang tua-tua kata, orang yang lebih muda dari kita sebab geraham bawah.Entahlah.
Mata Tamcik yang sendu itu bagaikan menceritakan segala kesedihannya, keperitan dirinya melawan penyakit yang ada, yang berbahang dalam badannya...Huhu..sambung esok.
The End!Cathay Keris...
No comments:
Post a Comment